Wednesday, 10 March 2021

PANTUN MELAYU




Apa itu PANTUN?

  PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

  PANTUN merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.


Ciri-ciri PANTUN

1. Tiap bait  terdiri atas 4 baris (larik)
2. Tiap baris terdiri atas 8 sampai 12 suku kata
3. Bersajak silang (a-b-a-b) dan ( a-a-a-a)
4. Baris pertama dan kedua adalah pembayang, sedangkan baris ketiga dan keempat adalah maksud.


Kepentingan PANTUN 

a. Pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat, gurindam, bahasa  berirama dan lain-lain.

b. Membantu mempertingkatkan daya  estetika (keindahan) puisi-puisi lain.

c. Menjadi  pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang  puitis.

d. Melambangkan budaya tinggi dalam  ciptaan sastera.


Jenis-jenis PANTUN

1. Pantun Nasihat

Pantun nasihat merupakan rangkaian kata-kata yang mempunyai makna mengarahkan atau menegur seseorang untuk menjadi lebih baik.


2. Pantun Muda

Pantun muda adalah pantun yang diperuntukan bagi kaum muda (remaja), sehingga pantun muda ini biasanya berhubungan dengan masalah cinta.


3. Pantun Jenaka

Pantun Jenaka adalah pantun yang bertujuan untuk menghibur orang yang mendengar, terkadang dijadikan sebagai media untuk saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban, sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi semakin riang


4. Pantun Teka-Teki

Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki atau tebakan. Dalam pantun teka-teki ini biasanya dibutuhkan jawaban atas teke-teki tersebut.


5. Pantun Agama

Pantun agama adalah pantun yang didalamnya mengandung kata-kata nasehat atau petuah yang memiliki makna mendalam sebagai sebuah pedoman dalam menjalani hidup, yang biasanya berisi kata kata yang bisa mendorong kita untuk berbuat yang tidak melanggar aturan agama baik untuk kepentingan diri maupun bagi orang lain.

 

6. Pantun Adat

Pantun adat adalah pantun menggunakan gaya bahasa bernuansa kedaerahan dan kental akan unsur adat kebudayaan tanah air.


7. Pantun Dagang

Pantun dagang atau pantun nasib merupakan rangkaian kata-kata yang merefleksikan nasib atau keadaan seseorang. Pantun ini biasanya dinyanyikan/dibacakan oleh orang-orang yang berada di perantauan jika mereka ingat akan kampung halamannya atau nasibnya yang tak seberuntung temannya.


8. Pantun Anak

Pantun anak adalah pantun yang memang diperuntukan bagi anak-anak. Sehingga dalam pantun anak ini semua hal yang disampaikan berhubungan dengan dunia anak.


9. Pantun Kepahlawanan

Pantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya berhubungan dengan semangat kepahlawanan


Hasil Karya yang disediakan:


๐ŸŽฒ KIT Pembelajaran PANTUN NASIHAT ๐ŸŽณ

Cara bermain:
1. Klik pautan di atas dan daftar.
2. Pilih "Solo" jika main berseorangan, pilih "Host" jika Anda ingin bermain dengan orang lain.




2. Pilih permainan.

3. Cara permainan telah disediakan.



4. Jawab soalan yang disediakan dalam 10 saat untuk meneruskan permainan.



5. Permain harus mengumpulkan token dengan memilih jawapan yang betul untuk meneruskan permainan. Token akan dikurangkan dan jawapan betul akan diberikan jika pemain salah jawab.

 


6. Permainan akan ditamatkan setelah 7 minit.

๐ŸŒˆSELAMAT BERMAIN SAMBIL BELAJAR!





No comments:

Post a Comment

PANTUN MELAYU

Apa itu PANTUN?   PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Pantun wujud sejak zaman m...